fbpx

Lelaki rompak kedai untuk belikan keluarga beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Thanawut dirakam memasuki sebuah kedai serbaneka dan meminta wang. - Thaiger

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand mengaku tidak mempunyai wang untuk membeli beras selepas ditahan kerana merompak sebuah kedai dengan bersenjatakan pistol palsu, lapor laman berita Thaiger. 

Pada 5 Disember lalu, Thanawut Thiapthanom, 24, didakwa merampas wang berjumlah 500 baht (RM65) daripada seorang pembantu kedai sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. 

Melalui rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), pihak berkuasa berjaya mengesan kereta dinaiki Thanawut.

Kereta sedan itu dipadankan dengan kenderaan serupa yang terlibat dalam kes kecurian berasingan di mana dua ekor burung berharga 5,000 baht (RM654) telah  dicuri.

Pihak berkuasa kemudian menahan Thanawut di kediamannya di mana beberapa bahan bukti turut ditemui.

Semasa disoal siasat, Thanawut mendakwa dia bekerja sebagai pengawal keselamatan dan dibayar 350 baht (RM45) sehari. 

Apabila meminta gaji pendahuluan sebanyak 200 baht (RM26) untuk membeli beras, syarikat tempat dia bekerja menolak dengan alasan dia tertidur semasa bekerja.

Selepas dibuang kerja, dia terdesak dan merancang rompakan itu supaya dapat membeli beras untuk isteri dan ibu mentuanya yang sakit.

Thanawut mendakwa dia terpaksa mengambil dadah supaya dapat bekerja dengan lebih lama demi mendapatkan wang. Siasatan terhadapnya diteruskan mengikut undang-undang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI