fbpx

Godam Perkeso: Kerajaan perkukuh keselamatan siber – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan ketika ini sedang memperkukuhkan keselamatan perkhidmat siber bagi mengekang pengodaman sistem berkaitan kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa agensi kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan pihak luar bagi mengekang serangan itu.

“Kita sekarang memperkukuhkan keselamatan siber dan ada juga keputusan Majlis Keselamatan Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menjalin kerjasama dengan syarikat mempunyai keupayaan mengekang serangan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas berhubung kes pengkalan maklumat dan laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) digodam baru-baru ini.

Terdahulu, Perkeso mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi tersebut diserang penggodam sejak Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Perkeso memberi jaminan bahawa ancaman penggodam itu tidak akan merencatkan perkhidmatan mereka terhadap pencarum, majikan dan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI