fbpx

Pesara guru meninggal dunia selepas rebah di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahadzir Abdul Hamid (kiri) memeriksa Allahyarham Nasaruddin yang meninggal dunia ketika membantu program perkhemahan di SK Jeneri, pagi tadi.

SIK – Seorang pesara guru meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika membantu program perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Jeneri di sini, pagi ini.

Mangsa, Nasaruddin Darus, 56, yang baru sahaja bersara sembilan bulan lalu dikatakan rebah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di kantin sekolah tersebut.

“Isteri mangsa, Intan Sapina Yusup, 47, memberitahu dia menerima panggilan daripada salah seorang guru memaklumkan suaminya tidak sedarkan diri.

“Sebaik dia sampai di sekolah, dia dimaklumkan bahawa suaminya telah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan awal termasuk pemeriksaan terhadap tubuh badan si mati mendapati tiada unsur jenayah atau khianat.

“Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan gout serta pihak hospital memaklumkan si mati menerima rawatan susulan kali terakhir di Hospital Sik pada 6 Disember lalu.

“Hasil semakan rekod dan pemeriksaan ke atas si mati telah mengesahkan punca kematian disebabkan serangan jantung,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI