fbpx

Lelaki sumbat memerang dalam seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu ditahan oleh pengawal keselamatan lapangan terbang. - ViralPress

BANGKOK – Pihak berkuasa sebuah lapangan terbang di Thailand menangkap seorang pelancong yang cuba menyeludup dua ekor memerang dan seekor anjing prairie di dalam seluarnya.

Akhbar New York Post melaporkan, lelaki berusia 22 tahun itu membeli tiga haiwan itu di sebuah pasar di Bangkok. 

Dia memasukkan semua haiwan tersebut ke seluar dalamnya sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada 5 Disember lalu dan dijadualkan menaiki pesawat Thai Airways ke Taipei.

Pihak berkuasa menyedari rancangan lelaki itu selepas melihat bonjolan besar bergoyang-goyang di bawah pinggangnya.

Selepas memeriksa lelaki itu, mereka menemui dua memerang berkuku kecil dan seekor anjing prairie. Semua haiwan itu dimasukkan ke dalam tiga stoking berasingan dan digantung pada seluar dalam jenis boxer yang dipakainya.

Sebuah klip video memaparkan situasi di mana pihak berkuasa memaksa lelaki itu memotong seluar boxernya untuk mengeluarkan haiwan itu.

Kesemua haiwan itu kemudian diserahkan kepada Pejabat Pemuliharaan Hidupan Liar Thailand. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI