fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bom masjid tertua Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR sebelum dan selepas Masjid Othman bin Qashqar musnah akibat dibedil jet tentera Israel. - Foto The Palestine Chronicle

BANDAR GAZA – Masjid Othman bin Qashqar yang dibina pada tahun 620 Hijrah atau 1220 Masihi dan terletak di kota lama,  Bandar Gaza dibom oleh jet tempur Israel semalam sehingga menyebabkan orang ramai terkorban, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Ia merupakan salah sebuah masjid dan tapak arkeologi tertua di Semenanjung Gaza.

Masjid itu terletak di kejiranan al-Zaytoun, timur Bandar Gaza, dan bersebelahan Masjid Agung Al-Omari yang turut dimusnahkan oleh jet tempur Rejim Zionis semasa pencerobohan tentera Israel. 

Sejak permulaan perang di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, jet-jet tentera Israel telah memusnahkan berpuluh-puluh tapak arkeologi dan bangunan lama dalam percubaan terang-terangan menyasarkan warisan budaya Palestin.

Menurut Kementerian Kebudayaan Palestin, jet-jet tempur Rejim Zionis mengebom lapan buah muzium, termasuk Muzium Rafah, Muzium Al-Qarara dan Muzium Khan Younis.

Kebanyakan bahagian bandar lama Bandar Gaza turut musnah, termasuk 20 bangunan bersejarah, gereja, masjid, muzium dan tapak arkeologi.

Tiga buah studio dan syarikat penerbitan media dan artistik turut rosak.

Sejak 7 Oktober lalu, lebih 17,000 penduduk Palestin telah terkorban dan lebih 43,616 cedera, demikian menurut Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI