fbpx

Budak cuci kereta makan di hotel 5 bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mengajak sekumpulan kanak-kanak cuci kereta makan di sebuah hotel lima bintang di India baru-baru ini. - Foto Instagram/Kawaljeet Singh

NEW DELHI – Sekumpulan kanak-kanak yang membersihkan tingkap kereta seorang lelaki tidak menyangka pemilik kenderaan akan membawa mereka makan malam di  sebuah hotel mewah, lapor portal berita Hindustan Times semalam.

Kejadian berlaku baru-baru ini, manakala rakaman video mengenainya tular di media sosial.

Video ini dikongsi oleh lelaki bernama Kawaljeet Singh di laman Instagram. 

Dalam kapsyen siaran video itu itu dia menulis, “Terperangkap di lampu isyarat, kanak-kanak sedang membersihkan kereta untuk mendapatkan wang berhampiran hotel lima bintang.

“Daripada hanya memberi wang, saya mengajak mereka masuk ke dalam kereta saya.

“Mata mereka terbeliak apabila kami tiba di hotel lima bintang untuk makan malam iaitu yang pertama untuk mereka.”

Kapsyen seterusnya ialah:  “Duduk bersama, kebahagiaan mereka adalah nyata dan ia sampai kepada saya. Melihat mereka menikmati hidangan mewah itu sangat menyentuh (perasaan).

“Mereka tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada saya dan ia menjadikan keseluruhan pengalaman itu sangat berbaloi,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI