fbpx

45,000 peluang pekerjaan disediakan kepada pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar yang hadir pada sesi Santai Bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). - Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!

KUALA LUMPUR -Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Jalil yang bermula hari ini menyediakan lebih 45,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja menerusi karnival kerjaya.

Menurut sekretariat program itu, karnival kerjaya itu melibatkan 63 buah agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, antara agensi kerajaan dan swasta terlibat adalah Angatan Tentera Malaysia (ATM), Khazanah Nasional Berhad, Petronas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Honda Malaysia Sdn. Bhd., Lembaga Tabung Haji.

“Ia turut disertai, Malaysia Aviation Group, Safeguards (Malaysia) Sdn. Bhd., SME Aerospace Sdn. Bhd., TCRS Group of Companies (The Chicken Rice Shop, Dubuyo, Sepiring Cafe) dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, sekretariat itu berkata, selain peluang pekerjaan, pengunjung berdaftar juga turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik melalui cabutan bertuah yang akan diadakan sepanjang program berlangsung.

“Antara hadiah lumayan yang bakal dimenangi ialah sebuah rumah PR1MA, motosikal, televisyen, tiket penerbangan
dalam dan luar negara dan lain-lain lagi hadiah menarik menanti pengunjung.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menawarkan diskaun saman sehingga
50 peratus dan pembayaran hanya boleh dilaksanakan di tapak program dengan perincian syarat diskaun boleh diperolehi di laman media sosial rasmi PDRM,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI