fbpx

Tiga kanak-kanak mati lemas dalam kolam tapak pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang ditemui lemas dipercayai ketika mandi di dalam kolam tapak pembinaan Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat petang tadi.

KUDAT – Tiga kanak-kanak termasuk seorang perempuan ditemui lemas dipercayai ketika mandi di dalam kolam tapak pembinaan Kampung Perpaduan Ria 1 petang tadi.

Mangsa lemas terdiri dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Wan Hermi, 11 dan Mohd Syahwan, 7, manakala kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nurul Isah, 11.

Semua mangsa kanak-kanak berkenaan mandi di dalam kolam terbabit yang dipercayai digali bagi tujuan pembinaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.36 petang.

“Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus di lokasi kejadian, ketiga-tiga mangsa sudah dibawa keluar dari kolam oleh orang awam.

“Semua mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudiannya diberi bantuan pernafasan (CPR) oleh pegawai perubatan dan pasukan EMRS,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, semua mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Kudat untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, katanya etiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI