fbpx

Beri ruang pihak berkuasa siasat kes Zayn Rayyan – Gobind Singh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind Singh ketika detemui pemberita di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, hari ini. Foto oleh FIQ RAZALI/ KOSMO!

SUNGAI BULOH – Pejabat Ahli Parlimen Damansara menghulurkan bantuan awal kepada keluarga kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, yang meninggal dunia bagi meringankan beban mereka.

Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo berkata, beliau mengambil inisiatif bertemu dengan keluarga mangsa bagi mengucapkan takziah dan membantu mereka yang baru kehilangan anak.

Menurutnya, pihaknya simpati dengan apa yang berlaku dan sudah menghulur bantuan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

“Buat masa sekarang proses bedah siasat sedang berjalan. Beri ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Kita harap proses bedah siasat dapat diselesaikan hari ini dan seterusnya jenazah dapat dikebumikan selepas itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak keluarga masih bersedih atas kehilangan anak mereka dan pihaknya sedia membantu keluarga terbabit.

Beliau meluangkan masa setengah jam bertemu keluarga kanak-kanak tersebut bagi menyatakan simpati dan takziah kepada mereka.

Malam tadi, Kosmo! Online melaporkan Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya pada pukul 10 malam.

Kanak-kanak itu dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini.

Seramai 40 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan 60 wakil penduduk Apartmen Idaman terlibat dalam operasi mencari mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI