fbpx

EPL: Jaringan Rice legakan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE (dua dari kiri) meledak gol pada hujung masa kecederaan untuk membantu Arsenal meraih kemenangan ke atas Luton awal pagi semalam. - AFP

LUTON – Arsenal terpaksa menunggu sehingga ke masa kecederaan untuk mencatat kemenangan 4-3 ke atas Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stadium Kenilworth Road awal pagi semalam.

Ketika perlawanan dilihat mungkin berakhir dengan keputusan seri 3-3, pemain tengah The Gunners, Declan Rice meledak gol kemenangan pasukan itu pada minit ke-97 selepas menanduk masuk hantaran Martin Odegaard.

Sementara itu, tiga lagi gol Arsenal dijaringkan Gabriel Martinelli, Gabriel Jesus dan Kai Havertz manakala gol pasukan tuan rumah hadir menerusi Gabriel Osho, Elijah Adebayo dan Ross Barkley.

“Inilah keindahan bola sepak, ia bukanlah sukan individu kerana kami perlu lakukannya bersama rakan sepasukan. Keharmonian dalam bilik persalinan akan diterjemahkan menerusi aksi di atas padang.

“Kemenangan ini membuktikan pemain-pemain Arsenal tidak mudah berpuas hati dengan keputusan seri, mereka mahukan tiga mata. Kami ambil risiko pada penghujung permainan dan berjaya buatkan pasukan lawan bergelut,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Dalam pada itu, beliau yang akan berdepan penggantungan perlawanan selepas ini kerana mengutip kad kuning ketiga mengakui, mereka tidak dapat menampilkan aksi sebenar memandangkan baru sahaja bermain tiga hari lalu.

“Perlawanan hari ini (semalam) memang sukar kerana kami berdepan jadual padat. Selain itu, kami juga kehilangan beberapa pemain tetapi pasukan tetap tunjukkan kemahuan tinggi untuk catat kemenangan,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN