fbpx

Dua premis kitar semula terbakar tiada lesen perniagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara kawasan premis kitar semula yang terbakar di Bukit Selambau, Sungai Petani pada Ahad lalu.

SUNGAI PETANI – Dua premis kitar semula yang terbakar dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Bukit Selambau di sini pada Ahad lalu didapati tidak mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, gudang yang dioperasikan oleh syarikat asing itu juga tidak pernah dirujuk dan
mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Kerajaan negeri memandang serius kejadian kebakaran yang berlaku tersebut dan akan menjalankan tindakan sewajarnya setelah siasatan selesai dijalankan oleh pihak bomba dan JAS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, kerajaan negeri juga akan meneliti langkah wajar yang perlu diambil bagi memastikan kejadian kebakaran melibatkan premis industri tidak berulang di masa hadapan.

Sementara itu, operasi pemadaman premis berkenaan oleh pasukan bomba ditamatkan pada tengah malam semalam.

JAS sebelum ini memaklumkan tiga premis kitar semula yang terbakar sehingga mencetuskan letupan ‘bunga api’ dalam kejadian di Bukit Selambau itu disyaki beroperasi secara haram.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, premis-premis tersebut dipercayai menjalankan aktiviti memproses dan menyimpan buangan terpakai seperti asid, bateri terpakai, sisa elektronik dan sekerap logam. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI