fbpx

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Said.

KEMAMAN – Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT.

“Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya.

“Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini.

Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbiran saya selama ini, jika ada kekasaran atau kekurangan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI