fbpx

Tikam warga emas 27 kali: 3 kawan rapat mangsa direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika menjalankan siasatan di lokasi mangsa ditikam suspek dengan senjata pisau.

GEORGE TOWN – Polis menahan reman tiga rakan warga emas yang maut ditikam sebanyak 27 kali pada leher dan badan di kawasan tempat letak kereta di sebuah apartment di Jalan Perak di sini, semalam selama tiga hari, mulai hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, suspek terdiri dua lelaki dan seorang wanita itu terdahulu ditahan di sekitar kawasan Jelutong, kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Menurutnya, suspek yang diberkas itu masing-masing berusia 29 hingga 42 tahun.

“Untuk makluman tangkapan kes bunuh direman selama tiga hari sehingga 8 Disember ini.Motif pembunuhan belum dapat dikenal pasti.

“Ketiga tiga suspek ini adalah kawan rapat mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, seorang lelaki warga emas berusia 60-an disahkan maut ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat kecederaan tikaman pada leher dan anggota badan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.18 petang itu, mangsa dipercayai ditikam oleh suspek yang menaiki motosikal. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI