fbpx

Tekanan pada leher punca wanita mati sebelum disimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat wanita yang ditemui disimen di kolah tandas sebuah rumah di Pandamaran, sebelum ini.

SHAH ALAM – Tekanan pada bahagian leher dipercayai menjadi punca kematian wanita yang mayatnya ditemui disimen pada kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, Klang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dapatan itu hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat mangsa oleh pihak Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA), hari ni.

Katanya, proses bedah siasat mangsa mengambil masa selama dua jam bermula pukul 10 pagi tadi.

“Mangsa merupakan wanita berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun. Proses pereputan mayat adalah perlahan kerana keadaannya tertanam dalam simen,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Muka depan Kosmo! hari ini melaporkan mayat seorang wanita yang ditemui ditanam dalam simen di kolah mandi di sebuah rumah di Kampung Pendamar Fasa Satu, Pandamaran, di sini Ahad lalu, dipercayai telah dibunuh lebih setahun lalu.

Penemuan jasad mangsa yang belum dikenal pasti identiti itu turut mengejutkan penduduk sekitar kerana mereka tidak menyangka berjiran dengan mayat tersebut selepas mengetahui kejadian itu pada pukul 9.30 malam.

Hussein menegaskan, salah seorang suspek dipercayai telah kembali ke negara asal pada September tahun ini manakala seorang lagi masih berada di dalam negara.

Justeru kata beliau, polis kini giat mencari suspek yang masih berada di dalam negara, namun enggan mendedahkan suspek yang mana satu dan pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung hal ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI