fbpx

Malaysia sekat peranti, aplikasi luar negara jika ancam keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak akan terikut-ikut dengan langkah negara lain menyekat peralatan teknikal, peranti atau aplikasi perisian dari negara tertentu disebabkan faktor geopolitik antara negara terbabit.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, selagi tiada bukti sesebuah peralatan teknikal, peranti dan aplikasi perisian mengancam keselamatan negara, maka semua pihak diizinkan menggunakan teknologi tersebut.

“Kita faham oleh sebab faktor geopolitik, ada peralatan tidak diguna pakai oleh sesebuah negara, tetapi ia masih diguna pakai oleh negara lain.

“Malaysia perlu ada pendirian sendiri dan melakukan ujian kita sendiri. Jika kita terima bukti kukuh sesuatu teknologi, aplikasi atau peralatan tidak selamat, kerajaan akan ambil tindakan cepat menyekatnya,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tuan Haji Hussin Ismail mengenai langkah kerajaan memastikan Malaysia tidak menjadi mangsa atau tersepit dalam peperangan teknologi antara kuasa besar.

Terdahulu, Nie Ching berkata, dasar kerajaan pada masa ini tidak menghalang kemasukkan atau penggunaan peralatan teknikal, peranti atau aplikasi perisian dari \negara tertentu untuk kegunaan agensi-agensi kerajaan mahupun di bangunan-bangunan dan premis kerajaan.

Bagaimanapun, kata beliau, dalam menangani dan melindungi data negara daripada tersebar dan tertiris kepada negara luar, CyberSecurity Malaysia mencadangkan beberapa kaedah dan amalan terbaik bagi penggunaan peralatan teknikal, peranti dan aplikasi perisian.

Menurut beliau, ia termasuk keperluan semua peranti, aplikasi dan sistem yang dibangunkan menjalani ujian penembusan keselamatan siber (VAPT) iaitu ujian keselamatan bagi mengenal pasti kerentanan yang terdapat pada sesuatu peranti, aplikasi dan sistem.

“Kedua pensijilan peranti, aplikasi dan sistem yang dibangunkan seperti Malaysia Common Criteria (MyCC) dan Technology Security Assurance (TSA) yang merupakan proses sistematik untuk menilai dan memperakui fungsi keselamatan produk ICT berdasarkan kriteria atau piawaian yang ditetapkan.

“Ketiga pelaksanaan perkhidmatan Pemeriksaan Postur Keselamatan (SPA) secara berkala bagi mengenal pasti kerentanan ekosistem sedia ada dan juga bagi peranti, aplikasi dan sistem yang bakal dibangunkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI