fbpx

Lebih 1,400 graduan UPNM tamatkan pengajian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istiadat Konvokesyen Ke-13 UPNM dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan di ibu negara, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,490 graduan terlibat pada Istiadat Konvokesyen Ke-13 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan di sini, hari ini.

Istiadat kali ini melibatkan 11 graduan doktor falsafah (Phd), 93 graduan ijazah sarjana, 986 graduan Ijazah sarjana muda dan 400 graduan diploma dalam pelbagai bidang.

Terdahulu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tuanku Canselor UPNM berkenan mencemar duli menyempurnakan istiadat.

Istiadat pada kali ini juga diserikan dengan penganugerahan ijazah kehormat doktor falsafah kepada tiga penerima iaitu Jeneral TUDM (Bersara) Tan Sri Azizan Ariffin; penerima Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik, Jeneral (Bersara) Tan Sri Datuk Seri Dr. Zulkifeli Mohd Zin, penerima ijazah kehormat doktor falsafah dalam bidang Strategik dan Hubungan Antarabangsa dan Tuan Yang Terutama Datuk Khalid Ghanim; penerima ijazah kehormat doktor falsafah dalam bidang Hubungan Antarabangsa.

Selain itu, Hadiah Akademik 2023 melibatkan 60 graduan terdiri daripada ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) berjaya melahirkan 45 graduan pada tahun ini berbanding 49 graduan pada tahun sebelumnya, menjadikan 94 graduan keseluruhan.

Istiadat kali ini merupakan istiadat pertama bagi FPKP sejak ditubuhkan pada 19 Mac 2009 yang menggabungkan ilmu Perubatan Ketenteraan ke dalam Sarjana Muda Perubatan.

Pada masa yang sama, dua anugerah yang diperoleh graduan FPKP adalah Anugerah Emas Naib Canselor 2023 dan Anugerah Buku Tahun 2023 iaitu masing-masing dianugerahkan kepada Aksharaaishwarya A/P Baskerarao dan Nalineshwaary A/P Ravichendran.

FPKP juga turut melakar sejarah pada istiadat kali ini dengan penganugerahan Sarjana Kesihatan Awam (Pertahanan dan Keselamatan) kepada graduan cohort pertama yang terdiri daripada sembilan pegawai perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI