fbpx

Kes pukul digugurkan, kekasih maafkan Leon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Leon Dozan terlepas daripada diheret ke mahkamah atas dakwaan memukul kekasihnya, Rinoa Aurora.

PELAKON Leon Dozan yang juga anak kepada aktor Willy Dozan terlepas daripada diheret ke mahkamah atas dakwaan melakukan kekerasan selepas kekasihnya, Rinoa Aurora menarik balik laporan polis.

Perkara tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi, namun pihak keluarga gadis itu mendedahkan anak mereka sendiri membuat keputusan demikian.

Kedua-duanya dikatakan sudah berdamai selepas Rinoa mendakwa bekas kekasihnya sudah berubah serta menginsafi perbuatannnya.

Begitupun, netizen masih tidak berpuas hati dengan penjelasan mangsa kerana difahamkan, apa yang terjadi bukan pertama kali Leon mengasari Rinoa.

“Ya kerana ada pertimbangan lain malah Leon juga sudah banyak berubah,” ungkapnya ketika ditemui media.

Dalam kejadian awal bulan lalu, aktor berusia 26 tahun itu dimasukkan ke lokap berikutan laporan polis dibuat gadis terbabit dan keluarga.

Sumber lain pula mendakwa ibu Leon iaitu Betharia Sonata yang juga penyanyi bertindak melakukan rayuan terhadap keluarga Rinoa supaya menggugurkan dakwaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI