fbpx

Scammer pulangkan modal RM277,000 sebelum tipu RM1.6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JASIN – Seorang pengarah syarikat ukiran kayu tidak menyangka akan mengalami kerugian mencecah RM1.6 juta selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang disertainya sejak September lalu.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian bermula selepas mangsa yang berusia 38 tahun tertarik dengan iklan pelaburan saham di laman sosial Facebook dan dihubungi tiga orang individu.

Katanya, mangsa kemudian telah dimasukkan ke dalam tiga kumpulan WhatsApp dan diberi penerangan berkenaan seminar pelaburan saham, tips saham serta nota berkaitan.

“Dua minggu selepas itu pada sekitar Oktober, pengadu dan suaminya, juga pengarah syarikat tersebut telah diarahkan menjalankan latihan dengan memasuki kumpulan pelaburan baru.

“Mereka turut diminta memuat turun beberapa aplikasi daripada Playstore serta membuat pembayaran secara pindahan wang berjumlah keseluruhan RM1.6 juta ke dalam 19 akaun syarikat bagi tujuan pelaburan saham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sepanjang tempoh tersebut mangsa bagaimanapun pernah diberikan pulangan modal sebanyak RM277,148 yang dipercayai merupakan modus operandi digunakan suspek bagi mendapatkan keyakinan pelabur.

“Apabila pengadu menerima satu sijil Initial Public Offering (IPO) China, dia mendapati cop syarikat terdapat kesilapan ejaan dan berasa curigq.

“Pengadu yang mengesyaki telah ditipu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin pada 30 November lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI