fbpx

Premis tawar khidmat bagi penampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan menjadi lebih seronok dan tenang selepas ditampar. – YouTube

TOKYO – Sebuah restoran di Nagoya, Jepun mengundang kecaman pengguna media sosial selepas menawarkan perkhidmatan menampar muka pelanggan pada harga 500 yen (RM15.82) untuk satu tamparan, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Perkhidmatan luar biasa ditawarkan Shachihoko-ya itu  menarik kedatangan ramai pelanggan ke restoran yang mahu merasa sendiri pengalaman ditampar oleh pelayan.

Pada permulaan perkhidmatan itu diperkenalkan, hanya seorang pelayan yang ditugaskan untuk melakukannya. Namun, beberapa pekerja wanita tambahan kemudian diupah selain bayaran mula dikenakan iaitu pada harga 100 yen (RM3.17) sekali tamparan.

Perkhidmatan itu mula menjadi popular sehinggakan pada suatu masa, harga yang dikenakan meningkat sehingga 500 yen (RM15.82) sekali tamparan selain pelanggan boleh memilih pelayan yang digemari untuk menampar mereka.

“Lebih kuat mereka ditampar, pelanggan menjadi lebih seronok. Pelanggan tidak marah, sebaliknya kelihatan lebih bertenang selepas ditampar,” kata laporan oleh laman berita Liberty Times Net.

Bagaimanapun, menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di platform X bulan lepas, pihak pengurusan Shachihoko-ya memaklumkan bahawa premis itu tidak lagi menawarkan perkhidmatan berkenaan.

“Shachihoko-ya tidak lagi menawarkan perkhidmatan menampar. Kami menghargai perhatian anda semua, namun kami tidak mampu memenuhi permintaan perkhidmatan tersebut,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI