fbpx

Mati selepas terjunan bungee dari platform tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelancong maut selepas membuat terjunan bungee di Macau, Ahad lalu. - Foto Getty Images

BEIJING –  Seorang pelancong Jepun meninggal dunia, beberapa jam selepas dia pengsan kerana melakukan terjunan bungee dari salah satu platform tertinggi di dunia, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Lelaki berusia 56 tahun itu dikatakan mengalami sesak nafas sejurus selepas melakukan terjunan tersebut dari pelantar setinggi 232.86 meter di Menara Macau  kelmarin.

Dia dihantar ke Hospital Conde S. Januário di Macau tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Syarikat Skypark yang mengendalikan aktiviti termasuk terjunan bungee di bangunan itu, mengenakan bayaran 2,888 MOP (RM1,671) bagi setiap penerjun. Pihaknya juga  mengendalikan aktiviti tersebut di Perancis, Singapura dan Australia.

Dalam satu kenyataan, Skypark menyatakan akan bekerjasama pihak berkuasa berhubung insiden tersebut.

Pelancong Jepun itu mematuhi semua syarat keselamatan sebelum melakukan terjunan tersebut.

“Apabila kakitangan kami menerima berita bahawa dia berasa tidak sihat selepas mendarat, mereka segera memberikan pertolongan cemas dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan,” kata syarikat tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI