fbpx

Taman agro bernilai RM15 juta dibina di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haim Hilman (berdiri, tengah) menyaksikan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin dan Ketua Pegawai Eksekutif BioAlpha Wellness Sdn. Bhd., Hon Tian Kok @ William menandatangani MoU Taman Agro Langkawi di Kompleks LADA, Langkawi, hari ini.

LANGKAWI – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan BioAlpha Wellness Sdn. Bhd. bagi membangunkan Taman Agro Langkawi yang bernilai RM15 juta di pulau peranginan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, taman agro tersebut akan dibina di Kuala Sungai Melaka.

“Kawasan ini kali terakhir dibangunkan ketika RMK-7 (Rancangan Malaysia ke-7) atau lebih 20 tahun lepas dan apabila dibangunkan nanti, kawasan ini akan menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat di samping menjadi satu lagi tarikan pelancongan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara LADA dengan BioAlpha Wellness Sdn. Bhd. di Kompleks LADA, di sini hari ini.

Menurutnya, taman agro tersebut akan dibangunkan sebagai tapak semaian, tuaian dan memproses herba tempatan seperti misai kucing, hempedu bumi, dan rosel.

Jelasnya, kawasan tersebut berkonsepkan pelancongan pengalaman (experience based tourism) yang mana pelancong akan turut merasai pengalaman menuai sendiri herba tersebut.

Tambahnya, Langkawi mempunyai banyak prospek hebat dalam sektor pelancongan dengan jenama Langkawi itu perlu terus kekal relevan menerusi tarikan baharu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI