fbpx

Pelajar Unisel maut kepala digilis jengkaut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang maut dalam kemalangan itu.

KUALA SELANGOR – Seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya digilis jengkaut di Jalan Bukit Badong, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira pukul 10 pagi itu menimpa Arif Danial Samsudin, 19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menuntut di kampus Bestari Jaya itu cuba memotong kenderaan di hadapannya.

“Penunggang motosikal yang berada di tengah itu bagaimanapun dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh.

“Kepala mangsa kemudian digilis tayar belakang jengkaut yang berada di jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi petang ini.

Tambah beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa parah di kepala dan meninggal duni di tempat kejadian.

“Mayat pemuda itu dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat manakala pemandu jengkaut berusia 39 tahun tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI