fbpx

Mangsa amang seksual di asrama Kepala Batas diberi kaunseling -KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (tengah) merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di SMK St. Xavier, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan sesi kaunseling kepada 14 pelajar lelaki golongan orang kelainan upaya (OKU) di sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, dekat sini yang menjadi mangsa amang seksual, baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, sesi kaunseling bagi pelajar-pelajar tersebut yang merupakan pelajar berkeperluan khas amat mustahak untuk dijalankan.

Menurutnya, pihaknya juga telah mengambil kaunselor dari sekolah lain untuk membimbing mangsa-mangsa berkenaan.

”Kaunseling amat mustahak, mangsa-mangsa memang anak-anak keperluan khas, mereka memerlukan banyak perhatian. Jadi kaunseling amat perlu.

”Mangsa masih di asrama, mereka diberi perhatian yang rapi, soal kes berkenaan biar polis yang membuat siasatan, kami pastikan mangsa dijaga dengan baik dan kejadian ini tidak berlaku lagi,” katanya selepas menghadiri majlis anugerah kecemerlangan pelajar di SMK St. Xavier di sini, hari ini.

Menurut Hui Ying, suspek kes cabul itu telah digantung sekolah dan dia telah berada di rumah pada masa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI