fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis makin gila musnahkan semua bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan sebuah bangunan di Gaza yang musnah dibom Zionis Israel.

PETALING JAYA – “lsrael sedang berseronok memusnahkan setiap bangunan di Gaza.”

Itu perkongsian terkini seorang wartawan warga Palestin bernama Muhammad Smiry menerusi ciapannya di platform X, sebentar tadi.

Dalam masa sama, Muhammad turut berkongsi video berdurasi 12 saat yang jelas memaparkan sebuah bangunan tersergam indah, hancur dibom puak Zionis Israel.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, tiada lagi tempat untuk penduduk Gaza melarikan diri selepas tentera penceroboh Israel memperhebatkan serangan di selatan yang sebelum ini dianggap kawasan selamat untuk mereka berlindung setelah memasuki hari ke 59 konflik antara Palestin dan Israel.

Menerusi perkongsian jurugambar Palestin, Motaz Azaiza di Instagramnya hari ini berkata, keadaan di Gaza ketika ini bertambah genting seperti satu kegilaan ditunjukkan tentera Israel selepas tamatnya genjatan senjata pada Jumaat lalu.

Katanya, semakin ramai rakyat Palestin dibunuh tanpa belas ihsan sehingga ratusan syahid dalam sehari.

“Makin banyak rumah dibom, semakin ramai rakyat Palestin terbunuh selang masa seminit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI