fbpx

Khemah peniaga ganggu pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khemah peniaga di Jalan Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur yang dikatakan menghalang laluan pejalan kaki.

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Jalan Air Panas, Setapak di sini rimas apabila mendapati semakin ramai peniaga selamba memasang khemah di lima hingga mengganggu pejalan kaki.

Menerusi video yang dikongsikan penduduk setempat kepada Kosmo! Online, terdapat empat buah khemah gerai yang dinaikkan menjual nasi berlauk.

Peniaga masih terus membuka khemah secara haram di kaki lima walaupun sudah dilarang pihak berkuasa.

Sebelum ini, pihak berkuasa telah mengeluarkan notis ke atas ke atas restoran yang meletakkan kerusi dan meja di laluan pejalan kaki kerana perkara ini menghalang laluan pejalan kaki sekali gus membahayakan keselamatan pelanggan.

Notis yang dikeluarkan adalah di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu meletakkan sesuatu barang atau benda yang digunakan berhubungan dengan perniagaannya di mana-mana tempat awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI