fbpx

Final Piala Malaysia: Padang SNBJ belum bersedia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini padang SNBJ yang dimuat naik oleh Tunku Ismail di laman sosial hari ini.

PETALING JAYA – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mendapat kritikan hebat selepas keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) masih belum bersedia sepenuhnya menjelang aksi final Piala Malaysia, Jumaat ini.

Perkongsian terbaharu pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa proses membaik pulih padang masih lagi dijalankan oleh pihak PSM walaupun saingan berbaki empat hari.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menyindir pengurusan PSM apabila mendakwa formula Pengerusi, Datuk Hans Isaac agak ‘menjadi’.

“Standard yang baik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia. Nampaknya formula anda menjadi Hans Isaac,” tulis TMJ.

Sebagai rekod, keadaan padang SNBJ sebelum ini mendapat pujian ketika skuad Harimau Malaya menjadi tuan rumah aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 ketika menewaskan Kyrgyzstan 4-3 bulan lalu.

Namun, keadaan padang kembali menjadi ‘huru-hara’ selepas Coldplay mengadakan konsert yang dihadiri 75,000 penonton pada 24 November lepas.

Aksi final Piala Malaysia dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini melibatkan JDT menentang Terengganu FC (TFC).

TMJ pada awal tahun ini telah menaja penukaran padang baharu SNBJ dengan menggunakan rumput Zeon Zoysia dan dirasmikan pada saingan Pestabola Merdeka, Oktober lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI