fbpx

Budak perempuan 6 tahun maut dipercayai didera penjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya di dalam bilik sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, Pegawai Perubatan Hospital Tunku Azizah (HTA) menerima kanak-kanak tempatan itu pada pukul 3.40 petang.

Katanya, kematian kanak-kanak perempuan itu disyaki akibat didera dan diabaikan oleh penjaga.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari yang sama dan disyaki terdapat unsur penderaan serta pengabaian.

“Hasil siasatan awal mendapati, lebih kurang pukul 11.30 pagi Sabtu, mangsa sedang tidur di dalam bilik sementara bapanya keluar membeli makanan.

“Pada pukul 2.30 petang, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebaik sahaja bapanya pulang ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI