fbpx

Bekas CEO didakwa sembunyi wang haram RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zamry (kiri depan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM150,000, April lalu.

Tertuduh, Mohd. Zamry Sulaiman, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Zamry telah melibatkan diri dalam menyembunyikan wang tunai berjumlah RM150,000 hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram yang diterima seorang lelaki berusia 61.

Dia melakukannya dengan cara menyembunyikan di dalam bilik tidur utama dalam rumah di sebuah pangspuri di Taman Dagang, Ampang pada pukul 5.40 petang, 9 April lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(d) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sabit kesalahan, dipenjarakan sehingga 15 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta lima juta, mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaludin, manakala tertuduh diwakili peguam Muniandy Vestanathan dan Ashok Athimulan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan melarang tertuduh menggangu saksi-saksi sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan 13 Disember ini.

Pada 24 Oktober lalu, Mohd. Zamry telah didakwa bersubahat dengan seorang lelaki menerima suapan keseluruhan RM350,000 daripada seorang lelaki sebagai upah membantu sebuah syarikat melakukan kerja-kerja menaik taraf sistem mekanikal dan elektrikal di Kompleks Bangunan Getah Asli di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI