fbpx

Banjir: Lelaki OKU lemas terjatuh perahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa naik selepas terjatuh dari botnya di kawasan banjir di Kampung Bakat, Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh dari perahunya di kawasan banjir di Kampung Bakat di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.17 pagi tadi.

Menurutnya, anggota polis bersama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Mas ke lokasi kejadian sebelum membantu menaikkan mangsa ke darat dengan bantuan penduduk kampung.

“Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 44 tahun dan merupakan pemegang kad OKU. Anggota polis dan bomba mengeluarkan mangsa pada pukul 2.40 petang tadi.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk proses bedah siasat,” katanya.

Tambah Kama Azural, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI