fbpx

5,440 aduan menerusi MYJalan dalam tempoh 2 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,440 aduan berkaitan masalah jalan raya diterima Kementerian Kerja Raya (KKR) termasuk jalan berlubang dan kerosakan papan tanda melalui aplikasi MYJalan sejak dilancarkan Ogos lalu sehingga 30 November.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 397 aduan dalam siasatan, manakala 1,138 kes telah ditutup.

Dalam pada itu, Alexander berkata, sebanyak 4,005 aduan melibatkan ‘No Wrong Door Policy’ dan selebinya di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

“Sebagai peneraju sektor pembinaan dan pembangunan infrastruktur negara, isu penyenggaraan jalan adalah menjadi dasar keutamaan yang amat saya tekankan.

“Pada Ogos yang lalu, Kempen MyJalan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gerik, Perak. Kempen ini adalah berteraskan prinsip ‘No Wrong Door Policy’ dan ‘Action Speaks Louder Than Words’.

“Menerusi Belanjawan 2024, KKR bakal menerima peruntukan sebanyak RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara jalan raya dan jambatan di laluan Jalan Persekutuan selari hasrat KKR untuk terus memperkasakan Kempen MYJalan KKR,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media Pembinaan CIDB 2023 di sini, malam ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI