fbpx

Wanita cuba buka pintu MRT bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu dilihat beberapa kali cuba membuka pintu MRT. - Instagram

SINGAPURA – Polis Singapura menyiasat insiden seorang penumpang wanita yang cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa (MRT) yang ketika itu sedang bergerak, lapor portal berita Asiaone semalam.

Berdasarkan sebuah klip video tular di media sosial, wanita itu dilihat cuba membuka pintu MRT yang melakukan perjalanan di laluan Utara-Selatan.

Beberapa penumpang lain yang berada di dalam kereta api itu kedengaran menjerit ketika kejadian supaya wanita tersebut berhenti bertindak demikian.

Sebelah pintu sempat terbuka sedikit sebelum seorang pegawai menghalang wanita tersebut.

Presiden SMRT, Lam Sheau Kai berkata, kakitangan stesen MRT dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lalu.

Katanya, kakitangan SMRT memasuki tren berkenaan untuk menyiasat, namun penumpang tersebut tidak memberi kerjasama dan berkelakuan agresif. 

Mereka kemudian memanggil polis yang mengawal stesen itu.

Gambar yang dimuat naik secara online selepas kejadian itu memaparkan wanita tersebut ditahan di platform stesen Ang Mo Kio sambil dikelilingi pegawai. – AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI