fbpx

[VIDEO] ‘Anak perempuan tengah menyusu, rumah kena bedil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang wanita mendakap anaknya yang terkorban selepas kediaman mereka dibedil tentera Rejim Zionis.

PETALING JAYA – Seorang bayi yang sedang disusukan ibunya terbunuh apabila tentera Rejim Zionis membedil rumah mereka, di Semenanjung Gaza, semalam.

Bayi lelaki itu yang dilahirkan kurang dua bulan antara mangsa korban terawal selepas gencatan senjata tentera Israel berakhir, Jumaat lalu.

Perkara itu dikongsi menerusi klip video Instagram Omar Aldirawi, memaparkan seorang ibu yang masih berpantang mendakap dan mencium jasad anak kecil yang lengkap berkafan itu berulang kali.

Sementara itu, datuk kepada bayi itu berkata, ketika kejadian cucu lelakinya sedang menyusu badan, namun dilihat tidak lagi bermaya sejurus selepas rumah mereka dibedil.

“Anak perempuan saya sedang menyusukan anak lelakinya, tiba-tiba rumah kami dibedil. Kami keluar melarikan diri bersamanya sebelum mendapati dia nyawa-nyawa ikan. Kami sempat membawanya ke hospital, namun tidak dapat diselamatkan.

“Seperti yang kamu tengok, inilah (Perdana Menteri Israel Benjamin) Netanyahu, dia bom generasi baharu.

“Netanyahu, kalau kamu betul-betul tentera sejati, kamu berdepan lawan sebenar jangan serang kanak-kanak, wanita dan orang tua,” katanya.

Justeru, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa semua pihak melakukan apa sahaja untuk melindungi kanak-kanak di Gaza berikutan wilayah itu kini dianggap sebagai kawasan paling berbahaya.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan di Gaza menganggarkan lebih 240 orang terkorban manakala lebih 650 penduduk cedera selepas gencatan senjata berakhir. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI