fbpx

Syamel, Ernie calon peserta Famili Duo musim keempat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAMEL dan Ernie menjadi artis pembuka tirai konsert kemuncak FD3 malam ini.

SHAH ALAM – Kemunculan pasangan penyanyi suami isteri Syamel dan Ernie pada malam kemuncak Famili Duo musim ketiga (FD3) menggamatkan Studio ntv7 yang disambut sorakan penonton.

Pasangan merpati dua sejoli itu tampil membuka pentas akhir FD3 dengan menyanyikan lagu Rindu dan Selangit nyanyian asal Mas Idayu.

Sebaik sahaja Ernie dan Syamel membuka mulut, suara merdu mereka ternyata berjaya membuat audiens bersorak.

Usai persembahan, pengacara Janna Nick sengaja menyuruh barisan juri untuk memberi komen kepada pasangan tersebut yang kononnya bakal bertanding pada musim hadapan.

Mas Idayu yang secara spotan memberi ‘standing ovation’ kepada pasangan itu berkata vokal Ernie dan Syamel serasi dan sempurna.

“Untuk nyanyian ini sangat sempurna, Mummy suka!,” komen Mas Idayu.

Senada dengan Mas Idayu, Ajai juga turut memberi komen positif.

“Gila sedap, versi ini terlalu sedap,” komen Ajai.

Tinjauan Kosmo! Online dalam platform media sosial, rata-rata neziten kagum dengan persembahan Ernie dan Syamel sekali gus menyuruh pasangan serasi itu untuk menyertai Famili Duo musim keempat nanti.

“Sedap sungguh suara Ernie dan Syamel, sila masuk FD4 tahun depan!,” komen netizen.

“Pasangan serasi yang tidak dapat disangkalkan lagi, tolong masuk musim hadapan, gerenti menang,” demikian komen seorang lagi netizen.

Program lapan episod itu memilih pemenang mingguan bersandarkan pemarkahan juri sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian di Tonton membabitkan 30 peratus.

Malam ini , peserta bakal merebut takhta juara FD3 yang menawarkan hadiah berjumlah RM100,000. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI