fbpx

Mayat bayi perempuan dijumpai atas batu pantai Queensbay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis ketika di lokasi penemuan mayat seorang bayi perempuan di persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, petang semalam.

BALIK PULAU – Mayat seorang bayi perempuan ditemui di atas batu persisiran pantai Queensbay, Bayan Baru, di sini petang tadi selepas dipercayai dibawa arus ke kawasan berkenaan.

Difahamkan, penemuan bayi tanpa seurat benang itu dijumpai orang awam yang berada di lokasi tumpuan pengunjung tempatan di situ, iaitu terletak kira-kira hampir 80 meter dengan kawasan makan popular di situ.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu kira-kira pukul 5.55 petang tadi.

”Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi yang dijumpai adalah perempuan dan disyaki dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI