fbpx

Konflik Palestin-Israel: Sejuta penduduk berisiko lari ke sempadan Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kompleks kediaman Bandar Hamad di Khan Yunis, selatan Gaza membawa beberapa barang ketika mereka meninggalkan rumah mereka semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Ketua Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa serangan berterusan askar Israel ke atas Semenanjung Gaza berisiko menyebabkan satu juta pelarian Palestin melarikan diri ke sempadan Mesir, lapor agensi berita Anadolu semalam.

“Sekiranya berlaku pertempuran, kemungkinan besar mereka akan melarikan diri ke selatan lalu melepasi sempadan. 

“Kita menganggarkan seramai satu juta orang, termasuk 100,000 di utara,” kata ketua Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA), Philippe Lazzarini.

Kenyataan itu dibuat ketika Israel meneruskan semula serangan ke atas Semenanjung Gaza selepas jeda kemanusiaan selama seminggu berakhir.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh manakala 652 lagi cedera akibat serangan udara Israel sejak kelmarin, demikian menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza susulan serangan rentas sempadan dijalankan Hamas pada 7 Oktober lalu. Lebih 15,000 orang terbunuh termasuk 6,150 kanak-kanak dan 4,000 wanita, demikian menurut pihak berkuasa di enklaf itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI