fbpx

Kes tangguh, lelaki Nepal larikan budak tiga tahun tidak faham pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertuduhan ke atas Rajaram Sahani yang didakwa melarikan kanak-kanak tiga tahun di Mahkamah Majistret Gurun terpaksa ditangguhkan pada 20 Disember ini.

GURUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini terpaksa menangguhkan pertuduhan ke atas lelaki warga Nepal yang didakwa cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun pada Ahad lalu.

Majistret, Anis Suraya Ahmad memutuskan demikian selepas tertuduh, Rajaram Sahani, 36 mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Melayu selain turut tidak memahami bahasa Inggeris.

Anis Suraya kemudiannya menetapkan 20 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi tujuan penyediaan khidmat jurubahasa Nepal.

Terdahulu, pertuduhan terhadap lelaki warga asing itu dilakukan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang bapa hilang kata-kata apabila anak perempuannya yang berusia tiga tahun cuba diculik seorang lelaki Nepal dalam kejadian di Jeniang, Gurun dekat sini.

Kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan di atas motosikal sementara bapanya ke kedai untuk mengambil tempahan roti canai.

Warga asing yang didakwa dalam kelaparan itu melarikan mangsa sambil meletakkan pisau pada leher kanak-kanak itu.

Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan bapanya yang bertindak pantas.

Difahamkan suspek yang merupakan seorang pekerja kilang di Sungai Lalang, dekat sini didapati melarikan diri daripada majikannya dan bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidup selain berada dalam keadaan kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI