fbpx

Atasha kongsi petua kuruskan badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATASHA lebih meminati dunia perniagaan walaupun mempunyai pengetahuan mendalam mengenai undang-undang.

Dalam usaha memberikan motivasi luar biasa kepada wanita untuk mencapai berat badan ideal, gadis bernama Atasha Azmi yang mempunyai minat mendalam dalam bidang kecantikan tidak kisah menerima komen negatif.

Setelah setahun berkongsi petua kuruskan badan di TikTok ketika berada pada tahun akhir di University of Liverpool, England, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian itu kini akhirnya menjadi inspirasi ramai wanita.

Kepada Pesona Ahad, Atasha, 26, yang kini menjalankan perniagaan kecantikan berkongsi kisahnya mengamalkan ‘Intermittent Fasting’ (IF) iaitu diet puasa dalam tempoh tertentu untuk menguruskan badan dengan cepat.

KOSMO! AHAD: Bagaimana Atasha mula mengamalkan IF?
ATASHA: Pada mulanya, saya hanya ingin mencuba, tetapi lama-kelamaan seronok dan saya telah menjadikan IF sebagai rutin hidup sehingga berjaya mengekalkan berat badan ideal.

Tips untuk mereka yang mahu amalkan IF?
Bagi yang pertama kali ingin mencuba, saya ga­lakkan untuk kurangkan minum air bergula. Kedua, boleh cuba lanjutkan tempoh puasa mengikut kemam­puan sendiri. Boleh mulakan minggu pertama dengan berpuasa selama empat jam dan makan empat jam juga sebelum menambah masa puasa itu secara berperingkat.

Apakah reaksi orang ramai terhadap perkongsian mengenai IF?
Sepanjang berkongsi tips IF, saya ada menerima komen negatif, tetapi saya tak kisah ke­rana saya cuma kongsi apa yang berkesan kepada saya tanpa paksaan.

Mengapa anda lebih berminat untuk berniaga?
Pada awalnya, saya ada masalah kulit dan ingin cari penawar. Sewaktu saya menjadi pelajar, teman lelaki saya ada beri sampel satu produk penjagaan kulit yang dihasilkannya sendiri dan ia berkesan. Jadi, kami berdua ambil keputusan menjual produk itu.

Apakah impian dalam perniagaan?
Saya mahu produk saya menjadi lebih daripada sekadar perniagaan yang berjaya dengan membantu pelanggan mencapai kulit yang sihat. Saya juga mahu menyediakan peluang pekerjaan terutama kepada golongan ibu tunggal dan suri rumah.

Bagaimana Atasha mula mendapat panggilan ‘girlfriend’?
Dalam semua video di TikTok, pasangan saya kerap memang­gil saya ‘girlfriend’. Kemudian ramai pengikut saya yang mula memang­gil saya dengan nama itu walaupun terserempak di luar, tetapi panggilan ini khas untuk wanita sahaja.

Apakah nasihat kepada mereka yang ingin keluarkan produk kecantikan sendiri?
Pastikan ia berfungsi untuk anda terlebih dahulu. Apabila anda menyukainya, mudah untuk memperkenalkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI