fbpx

Antarabangsa India: Hon Jian-Haikal julang kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri melakar kejutan menewaskan pilihan utama dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito di perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Antarabangsa India. - FB BAM

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terus mencipta kejutan selepas memastikan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Antarabangsa India yang berlangsung di Lucknow.

Pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das sebentar tadi, gandingan No.93 dunia itu berjaya menundukkan pilihan utama dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito menerusi aksi tiga set 18-21, 21-18, 21-16 dalam tempoh lebih sejam.

Turun sebagai pemain bukan pilihan, Hon Jian-Haikal menampilkan aksi kurang meyakinkan di awal set pertama sehingga membolehkan pasukan lawan mengutip mata demi mata sebelum menang 21-18.

Memasuki set kedua, beregu negara menampilkan aksi lebih kemas selain berjaya memanfaatkan kelemahan yang ada pada Koga-Saito untuk menang 21-18, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Beraksi di set ketiga, Hon Jian-Haikal bermain lebih tenang selain berjaya memimpin permainan dengan perbezaan mata cukup besar sehingga meletakkan beregu Jepun itu dalam keadaan tertekan.

Ketika Koga-Saito sedang berkira-kira untuk mengejar kedudukan, Hon Jian-Haikal kekal tenang sebelum memastikan gelaran Jelajah Dunia Super 300 itu menjadi milik mereka apabila menang 21-16.

Selaku juara, Hon Jian-Haikal membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,525) berserta pingat manakala Koga-Saito berpuas hati dengan AS$7,980 (RM37,290) dan pingat.

Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan sulung buat Hon Jian-Haikal sejak mereka mula digandingkan Ogos lalu selepas muncul naib juara ketika beraksi pada kejohanan Indonesia Masters II bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI