fbpx

[TIDAK RASMI] PRK Kemaman: Ahmad Samsuri rai kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Samsuri (tengah) meraikan kemenangan PRK Parlimen Kemaman di Arena Square Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba untuk meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman,
di Arena Square Kemaman, Chukai di sini sebentar tadi.

Kehadiran Menteri Besar Terengganu pada pukul 9.20 malam itu disambut ribu penyokong parti tersebut dengan laungan takbir dan selawat.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahmad Samsuri jauh mendahului dengan majoriti 36,920 undi.

Beliau memperolehi 64, 475 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula menerima 27,555 undi.

Ahmad Samsuri dan penyokongnya dijadual berarak ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di sini pada bila-bila masa untuk mendengar pengumuman rasmi daripada Pengawai Pengurus Bahagian PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab

Pada PRU15, calon Pas, Che Alias Hamid memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI