fbpx

Terlalu rindu, Noh Salleh dedah wajah Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERLALU rindu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh berharap dapat bertemu putera kesayangannya, Musa suatu hari nanti.

PETALING JAYA – Bukan lagi rahsia apabila penyanyi Noh Salleh akhirnya mendedahkan wajah anak angkatnya, Musa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran yang kedua.

Menerusi hantaran dimuat naik Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, dalam Instagram miliknya, vokalis kumpulan Hujan itu turut meluahkan rasa rindu terhadap Musa yang dipercayai sudah lama tidak bertemu.

“Selamat hari jadi kedua tahun Musa Mohammad Noh. Rindu betul bapak dengan kitak (ayah dengan awak). Allah SWT sahaja yang tahu betapa sakit menahan rindu mahu berjumpa.

“Semoga Allah satukan kita suatu hari nanti. Jadi, awak akan dapat layanan seorang ayah betul-betul,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Noh telah memuat naik foto mendukung Musa yang dilihat memakai pakaian berwarna hitam, tanpa menutup wajahnya dengan simbol emoji seperti sebelum ini.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya turut meninggalkan ucapan selamat hari jadi buat Musa, selain memuji wajahnya yang comel.

“Selamat hari jadi Musa. Semoga membesar dengan sihat,” ujar seorang netizen.

“Kacaknya Musa. Selamat hari jadi sayang,” ujar seorang lagi pengikutnya.

“Selamat hari lahir. Semoga Musa terus sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT,” komen seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Noh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan mengumumkan perceraian mereka pada 4 Ogos tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama 11 tahun, Noh dan Nina tidak dikurniakan cahaya mata, namun mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.

Pada 23 September lalu, Noh telah bernikah buat kali kedua dengan pasangan pilihannya, Fatin Athira Mustapa yang juga merupakan seorang peguam dalam satu majlis tertutup di Puchong, Selangor.

Manakala Nina atau Shazrina Azman, 40, telah selamat bergelar isteri buat kali kedua apabila berkahwin dengan penyanyi rap Amerika Syarikat dikenali sebagai Essam Muhammad sekitar Jun 2023. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI