fbpx

PRK Parlimen Kemaman: Pas mendahului 120 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian peti undi yang sudah tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Berlian Utama, MPK, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Peti undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mula dibuka dengan calon Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sedang mendahului dengan majoriti 120 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada sembilan daripada 249 peti undi yang sudah dibuka, Ahmad Samsuri memperolehi 824 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pula mendapat 804 undi.

PRK Parlimen Kemaman diadakan berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan penyandangnya, Che Alias Hamid dari Pas pada 26 September lalu.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Anselm Charles Fernandis mendapati wujud unsur rasuah dalam kempen Pas di kawasan Parlimen terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu.

Pada PRU15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi dengan menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (Barisan Nasional), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab. Ghani (Parti Pejuang Tanah Air). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI