fbpx

Pelajar OKU ditahan cabul 14 rakan sekolah OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang pelajar Tingkatan 1 selepas disyaki mencabul 14 pelajar lelaki orang kelainan upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di Kepala Batas di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, tangkapan ke atas remaja lelaki OKU berusia 13 tahun itu dibuat selepas polis menerima aduan daripada pengetua sekolah terbabit.

“Kesemua mangsa yang terlibat berusia antara 13 sehingga 14 tahun. Mangsa terdiri daripada pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme. Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, malam ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI