fbpx

Palestin seronok terima lembu korban sumbangan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian Nurul Ain di Facebooknya.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron memberitahu seekor lembu berjaya dikorbankan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk warga Palestin di Gaza.

Nurul Ain menerusi hantaran di Facebooknya semalam berkata, lembu tersebut dimasak dan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan selepas terkesan dengan serangan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu sehingga mereka terputus segala keperluan makanan dan minuman.

“Alhamdulillah Ya Allah syukur Alhamdulillah, dari sumbangan anda semua (rakyat Malaysia) kami dapat mengorbankan seekor lembu untuk dimasak sekali gus akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan bantuan makanan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada biras saya Fadi, Naser Ahmad dan pasukan membantu saya melaksanakannya.

“Semoga Allah memberi keberkatan kepada anda semua. Insya-Allah everything will be okay soon (segalanya akan menjadi baik nanti), terus mendoakan untuk mereka, teruskan berkongsi rezeki bersama mereka,” katanya.

Meskipun Nurul Ain kini berada di Malaysia, namun dia dan suami masih aktif menyalurkan bantuan kepada penduduk Gaza menerusi bantuan yang disumbangkan rakyat negara ini.

Terdahulu, Nurul Ain bersama suaminya, Mohamed A.M Shaat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dari Kaherah sekitar 8.55 malam, 13 November.

Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Nurul Ain memberitahu, suaminya telah pulang ke Dubai selepas hampir sebulan berada di Malaysia.

“As I promised we will not stay long in Malaysia, (seperti dijanjikan, kami tak akan berada lama di Malaysia), saya juga akan menyusul ke Dubai selepas ini kerana masih ada perkara yang harus diuruskan di sini.

“Alhamdulillah untuk segala tomahan mengatakan suami saya inginkan ‘PR’ dan sebagainya adalah sama sekali tidak benar.

“Insya-Allah dimana kami berada kami tetap akan berusaha untuk salurkan bantuan di Gaza,” kongsinya.

Sebelum ini, ada sesetengah pihak mendakwa Nurul Ain dan suami pulang ke tanah air kerana mahu melarikan diri dari Gaza sehingga sanggup meninggalkan keluarga yang lain di sana dalam kesusahan.

Sehubungan itu, dia tampil menafikan dakwaan tersebut yang dianggap fitnah terhadap keluarganya.

Katanya, keberadaan mereka berdua di Malaysia adalah buat sementara waktu sahaja.

“Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Terima kasih juga kepada mereka yang mengecam. Kami bukan lari, yang pertama, Allah tahu what is inside our hearts (apa yang ada dalam hati kami) only Allah knows (hanya Allah sahaja tahu).

“Kalau kami stay (tinggal di Gaza) bagaimana nak sara keluarga yang sedang susah dan bertambah susah sekarang? Bagaimana untuk kami bantu rakyat di sana juga kerana saya tidak dapat withdraw cash (keluarkan wang tunai) bantuan si ishell (Israel) sekat sistem di sana.

“Rakyat Malaysia jangan risau kami tidak akan lama di sini (Malaysia), Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan kembali ke UAE (Emiriah Arab Bersatu,” terangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI