fbpx

Gangguan seksual Wahab: Beberapa individu akan dirakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab.

PETALING JAYA – Beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam keterangan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir telah dilakukan Khamis lalu.

“Kita telah ambil keterangan Abdul Wahab kelmarin. Beberapa saksi lain akan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Ini merupakan siasatan baharu. Kertas siasatan berkaitan kes dakwaan video fitnah Mohammad Agus telah dirujuk pada pejabat Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan Razarudin mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan berkaitan dakwaan Abdul Wahab yang diganggu secara seksual oleh Mohammad Agus.

Beliau berkata, ia susulan laporan polis diterima pihaknya pada Khamis lalu di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel Bintulu, Sarawak.

Susulan itu, katanya, polis membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

“Abdul Wahab mendakwa tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek (Mohammad Agus).

Khamis lalu, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, pihak polis setakat ini telah merakam percakapan seramai lapan individu bagi membantu siasatan kes tersebut. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI