fbpx

Bengang bagasi ‘hilang’, Risteena tuntut ganti rugi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RISTEENA kecewa dengan kecuaian sebuah syarikat penerbangan yang membuatkan urusan kerjanya tergendala.

PETALING JAYA – Pelakon Risteena Munim meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan berikutan ‘kehilangan’ bagasi yang turut mengandungi dokumen penting.

Pemilik nama lengkap Nur Risteena Munim itu berkata, kecuaian pihak terbabit mengakibatkan urusannya tergendala selepas pihak terbabit lambat memberikan maklum balas selain membiarkannya menunggu sehingga petang.

“Saya sudah banyak bertolak-ansur dengan servis kamu namun, kali ini sudah berlebihan. Apa alasan kamu, kenapa bagasi saya boleh tiada?

“Tolong jawab. Sudah beratus kali saya telefon tetapi tiada jawapan. Ini bukan bahan lawak.

“Paling teruk, pihak lapangan terbang tidak memberi sebarang status sehingga saya perlu menunggu sampai petang,” katanya dalam perkongsian Instagram, semalam.

Kongsi pelakon filem Girlfriend Kontrak itu lagi, perkara tersebut disedari selepas semua pekerja syarikatnya mengambil bagasi mereka setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

“Saya ‘checked-in’ bagasi saya bersama kakitangan tetapi kenapa bagasi mereka ada, bagasi saya tiada?

“Pasport saya dalam bagasi dan saya perlu ke Singapura bagi menghadiri acara di sana. Boleh tak pihak kamu periksa status bagasi saya?

“Kenapa susah sangat nak periksa? Barang berharga dalam bagasi tu. Servis yang sangat teruk,” tulisnya menzahirkan rasa terkilan.

Menurut kakak kepada pelakon Ruhainies itu lagi, pihak terbabit hanya memaklumkan status keberadaan bagasinya pada lewat petang.

Katanya, tanpa penjelasan sahih dia yang sudah membuat tempahan awal untuk ke Singapura terlepas jadual dirancang berikutan tiada pasport.

“Kemudian, petang baru boleh bagi jawapan status bagasi. Jika bagasi masih di Kuala Lumpur, mereka aturkan penerbangan seterusnya dan saya perlu tempah kereta sewa sekali lagi untuk ke Singapura.

Berikutan kecuaian tersebut, aktres berusia 34 tahun yang mengusahakan perniagaan bersama suaminya, pelakon Isa Khan turut menuntut ganti rugi.

“Saya minta pihak terbabit bertanggungjawab atas kerugian serta perbelanjaan lain akibat kecuaian mereka,” ujarnya.

Sementara itu, dalam ruangan komen, ramai mempersoalkan tindakan aktes itu yang meletakkan pasport dalam bagasi selain turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Namun, masih ada dalam kalangan netizen sependapat dengan Risteena mengenai perkhidmatan syarikat penerbangan yang teruk terutama membabitkan pengendalian bagasi.

“Kenapalah pasport masuk bagasi? Pernah terjadi masa ke Hong Kong dan terus naik feri ke Macau tapi tiba di sana bagasi tiada. Puas tanya, petang pergi semula terminal feri ambil beg,” komen seorang netizen.

“Samalah kita, bagasi pecah sejak bulan Mac, buat laporan, hantar gambar dan hari-hari ‘call’. Sampai sekarang ke hujung tahun tak angkat panggilan, E-mail tak berkawan,” kata pengikut lain. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI