fbpx

Tiga sekawan ditahan bersama pelbagai dadah lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zam Halim (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tiga sekawan terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita tempatan diberkas selepas disyaki menjalankan sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, sindiket yang beroperasi selama tiga bulan itu ditumpaskan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Cheras ketika melakukan dua serbuan di sebuah kondominium daerah ini, di sini, kelmarin.

Katanya, hasil risikan berjaya merampas pelbagai jenis dadah disyaki untuk diedarkan kepada pengguna terakhir (end user).

“Serbuan pertama sekitar pukul 9 malam, berjaya menahan dua orang lelaki tempatan berusia 29 tahun serta 33 tahun bersama dadah jenis syabu seberat 0.8 gram.

“Hasil maklumat diterima membawa kepada serbuan kedua di kondominium yang sama, seorang wanita tempatan berusia 19 tahun ditangkap di lokasi kejadian bersama beberapa jenis dadah

“Semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod kesalahan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, hari ini.

Menurut Zam Halim, keseluruhan dadah yang dirampas adalah syabu seberat 12.05 kilogram (kg) diikuti ecstacy (1.18 kg), Heroin (0.36 kg) dan serbuk methylenedioxy-methamphetamine (0.51 kg) bernilai mencecah RM516,373.

Tambah beliau, soal siasat mendapati tiga sekawan itu menggunakan kediaman tersebut dengan bayaran sewa sebanyak RM1,500 sebulan untuk berselindung daripada dikesan pihak berkuasa.

“Mereka mengedarkan dadah hanya kepada rangkaian mereka kenali sahaja, dadah yang mereka peroleh ini akan dibungkus semula dalam kuantiti kecil dan menjualnya serendah RM50 untuk syabu seberat 0.5 gram.

“Kita tidak tolak kemungkinan pelanggan dadah mereka membabitkan satu segmen (jenis) pengguna, disyaki pelanggan mereka terdiri daripada golongan professional, pelajar dan pengunjung pusat hiburan.

Mengulas Lanjut, Zam Halim memaklumkan pihaknya masih mengesan beberapa ahli sindiket yang dipercayai masih bebas bagi membantu siasatan.

“Ketiga-tiga suspek yang juga penganggur ini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Rabu hadapan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sekayen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI