fbpx

Perompak bertempiaran lari dilibas sasumata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis menjalani latihan menggunakan sasumata di Osaka. - Shutterstock

TOKYO – Seorang pekerja sebuah kedai barang kemas di Tokyo berjaya menggagalkan percubaan merompak apabila dia menggunakan senjata samurai yang dicipta sejak beratus-ratus tahun lalu, lapor akhbar The Guardian.

Selepas rakaman kejadian pada Ahad lalu itu tular di media sosial, syarikat-syarikat pembuat senjata di Jepun merekodkan lonjakan permintaan untuk sasumata iaitu tombak dilengkapi dua serampang pada hujungnya.

Berdasarkan video tersebut, pekerja kedai itu dilihat mengacukan dan melibas sasumata dalam percubaan untuk menghalang tiga perompak bertopi keledar memecah masuk ke dalam kedai yang terletak di Taito, Tokyo.

Dua suspek ditangkap berhubung kejadian rompakan itu, manakala pencarian suspek ketika diteruskan. 

Badan Penyiaran Jepun (NHK) melaporkan, kejadian itu telah menambah minat orang ramai terhadap sasumata yang digunakan oleh pahlawan samurai semasa zaman Edo (1603-1868) untuk menangkap penjenayah.

Sasumata yang direka untuk menahan manusia tanpa mencederakan mereka dengan serius masih digunakan oleh polis di Jepun.

Sebuah firma di wilayah Tochigi, utara Tokyo memaklumkan bahawa pihaknya dibanjiri panggilan telefon daripada orang ramai untuk membeli sasumata. 

Firma itu pernah menjual hanya beberapa batang sumata dalam masa beberapa bulan, namun kini menerima tempahan 10 sasumata sehari sejak musim luruh tahun lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI