fbpx

Penyokong Perak, Selangor bergaduh: Dua lagi masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein selepas merasmikan program Refresh Session Go To Safety Point (GTSP) di stesen minyak Petronas Solaris, Serdang , hari ini.

SERDANG – Polis masih mengesan dua lagi individu dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan antara penyokong pasukan bola sepak Perak FC dan Selangor FC di stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 23 orang terdiri daripada lelaki berusia 16 hingga 44 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Susulan itu, seramai tujuh daripada kesemua yang ditahan telah dituduh di mahkamah Petaling Jaya, hari ini.

“Bagaimanapun, kita masih lagi mengesan dua lagi suspek yang dikehendaki berkait kes ini,” katanya selepas melancarkan program Refresh Session Go To Safety Point (GTSP) di stesen minyak Petronas Solaris, di sini, hari ini.

Hari ini, Kosmo! melaporkan seramai tujuh lelaki didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan berhimpun secara salah sehingga mendatangkan kerosakan sebuah kereta dalam insiden pergaduhan luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC, minggu lalu.

Majistret Nur Natasya Mohtarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Ainol Syukri Shariff, 28; Mohammad Hariz Suhaimi, 36; Norbadrul Amin Norazman, 27; Muhammad Ezwan Shah Mustapa Kamal, 24; Muhammad Othman Abd Rahim, 21; Muhammad Husaini Hamdi Azizi, 21, dan Azizi Abu Hassan, 36 , selepas kesemuanya mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama adalah ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang bagi tujuan bersama mendatangkan kerosakkan terhadap sebuah kereta jenis Honda FD milik seorang lelaki berusia 22 tahun melibatkan nilai kerugian lebih RM15,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta Stadium MBPJ di Kelana Jaya di sini pukul 4.50 petang pada 25 November lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 149 kanun sama yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu tular di media sosial pergaduhan sekumpulan individu di Stadium MBPJ pada perlawanan antara Selangor FC dan Perak FC.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI