fbpx

Penumpang tuntut ganti rugi RM2.1 juta daripada Mike Tyson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON menumbuk Townsend di dalam sebuah pesawat pada tahun lalu. - Foto GettyImages/TMZBACKGRID/PENSKEMEDIA

NEW YORK  –  Seorang lelaki, Melvin Townsend yang mendakwa dirinya cedera ditumbuk Mike Tyson dalam sebuah pesawat JetBlue pada April 2022, bertindak menuntut pampasan kewangan daripada bekas juara heavyweight dunia tersebut, lapor saluran berita Fox News semalam.

Seorang peguam yang mewakili Townsend menghantar notis saman kepada peguam Tyson berikutan kecederaan dan kemudaratan yang dialami anak guamnya ketika menaiki  penerbangan dari bandar San Francisco menuju Florida.

Menurut akhbar New York Post, pampasan yang dituntut itu berjumlah AS$450,000 (RM2.10 juta).

“Sebagai bekas juara heavyweight yang tidak dipertikaikan, potensi (tumbukan Tyson) untuk menyebabkan kecederaan teruk kepada orang lain tidak dapat dinafikan,” kata peguam bela Townsend. Jake Jondle dalam tuntutan undang-undang tersebut.

Surat daripada peguam itu mendakwa bahawa Townsend teruja untuk bercakap dengan Tyson kerana dia seorang peminatnya, namun sembang tersebut bertukar menjadi pergaduhan yang kemudian dirakam oleh penumpang lain.

Jondle berkata, Townsend mengalami sakit kepala dan leher yang teruk akibat kejadian itu.

Bagaimanapun, anak guam Jondle itu pernah disabitkan dengan kes penipuan, kecurian, pecah rumah dan tuduhan lain pada masa lampau. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI