fbpx

Pegawai Paraguay dipecat kerana berurusan dengan negara Kailasa Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMANDANGAN ibu kota Paraguay, Asuncion dirakam pada 30 April lalu. – AFP

ASUNCION, Paraguay  – Seorang pegawai kanan Paraguay  dipecat minggu ini selepas menandatangani memorandum kerjasama dengan sebuah negara yang baru beliau ketahui sebenarnya tidak wujud.

Arnaldo Chamorro memberitahu pemberita semalam bahawa dia dipecat daripada tugasnya sebagai ketua kakitangan kepada menteri pertanian selepas menandatangani perjanjian tersebut bersama wakil negara Kailasa Syarikat.

Dia diberitahu bahawa Kailasa Syarikat ialah sebuah negara kepulauan terletak di rantau Amerika Selatan. 

“Mereka (pegawai-pegawai) datang dan menyatakan hasrat untuk membantu Paraguay. Mereka membentangkan beberapa projek, kami mendengar mereka dan itu sahaja,” kata Chamorro yang mengakui beliau telah diperbodohkan.

Beliau dipecat kelmarin.

Chamorro berkata,  pegawai palsu itu juga bertemu menterinya, Carlos Gimenez.

Memorandum yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak membayangkan tentang penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua ‘negara’

Dalam dokumen itu, lengkap dengan kepala surat kementerian dan meterai rasmi, Chamorro memberi penghormatan kepada utusan Kailasa Syarikat, Nithyananda Paramashivam dan memuji ‘sumbangannya kepada agama Hindu, kemanusiaan dan Republik Paraguay.’

Memorandum itu selanjutnya mengesyorkan bahawa ‘kerajaan Paraguay secara aktif meneroka penubuhan hubungan diplomatik dengan Kailasa Syarikat dan menyokong kemasukannya sebagai negara berdaulat dalam pelbagai organisasi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Media Paraguay melaporkan bahawa  Paramashivam sebenarnya adalah warga India yang dikehendaki kerana jenayah yang dilakukan di negaranya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI